Wednesday, December 30, 2009

boxing daiiiyyy

assalamualaikum

hari ini adelaide adalah sangat panas.plan kami bertiga(alia,siti dan saya) untuk ke harbour town bagi kali ke 3 telah dibatalkan kerana masing-masing terlajak bangun secara berjemaah.maklumlah,tidur pun pada pukul 5 pagi kerana menunggu subuh terlebih dahulu.maka pasrah sahaja.haha,saya menumpang kasih di rumah alia kini bersama-sama cik siti mariam.aktiviti kami hanyalah berlegar di sekitar shopping mall,dapur,bilik air dan juga bilik tidur.eh bilik tidur adalah untuk bermain internet lah,bukan yang bukan-bukan.ish,kuning sungguh kamu.haha

selepas sambutan krismas,hari boxing day pula menyusul tiba.anda tahu boxing day?kalau tidak,silalah pergi menggoogle.haha.secara dasarnya,hari boxing day ini merupakan hari di mana kedai jualan akan mengadakan jualan murah secara besar-besaran pada setiap 26 disember setiap tahun.tapi entah di mana silapnya,hari boxing ini hanya disambut pada 27 disember tahun ini di selatan australia.pelik bukan?entah apa2 la yang penting gembira.sebagai orang yang mensyukuri setiap peluang yang ada,kami juga tidak melepaskan meraikan ketibaan boxing day ini.walaupun kedudukan kewangan agak goyah,namun hal ini tidak mematahkan semangat kami.haha.kopak juga la.aisyy,mana tahan melihat harga2 murah di kedai(sebenarnya xla murah sgt pn.setiap sale pn murah mcm ni jga)

kami berboxing bkn pada 27 hb sahaja malahan daripada 26 hb lagi.haha.ke harbour town la apa lagi.tersrempak dgn ramai sungguh orang melayu di sana.buat2 xkenal pun ada,segan.haha gedik.paling best ialah pembelian purse dari nine west yang sungguh unik walaupun alia kata dia xrasa apa2.ok fine bebeh fine.

eh mari melayan gambar la.ok.sekian.haha penutup apakah ini.


             noritake ni save 1000aud.gilo apo kan?tp mmg cun habis                              jalan2 city malam


                konon2 try kasut padahal nak amik gmbaq.haha                                            ikea pn sale


sale banyak tu 50%..cunaan nak tiru gaya patung.alia sama dah but then i failed size xsama bsaq.haaha



di tea tree plaza.hirup bubble tea yg sedap sgt.


ouh bukan bukan.ini bukan beli.ini bake sendiri.hehe.yat,jeles dak?haha

pictures are all from alia hamzah.thank u bebeh




Wednesday, December 23, 2009

home alone!

salam
rasa nak guna ganti nama saya pulak la kali ni.hik3

dalam entry ni,saya nak buat serba sedikit ringkasan tentang kehidupan pasca periksaan di kala musim panas yang membahang di bumi adelaide ini.penggunaan bahasa melayu sepenuhnya akan diterapkan dalam 'entry'(dengan izin) ini.

1.kehidupan pasca peperiksaan kebelakangan ini hanyalah berlegar di sekitar lapangan terbang.mana taknya,hampir kesemua rakan-rakan pulang ke malaysia bercuti.tidak lupa juga rakan-rakan yang pulang buat selamanya ke malaysia,back for good(dengan izin)selepas tamat pengajian ijazah sarjana muda di sini seperti hafidzah yang mana saya selalu memnaggilnya dengan nama fitzroy.hihi.


fizroy,alia dan saya.muka menangis.hehe



2.saya tinggal seorang di rumah.ada beberapa orang rakan lagi yang senasib seperti saya namun apakan daya,saya rasa lebih selesa berpeleseran di rumah sendiri berbanding rumah rakan yang lain.walaupun agak sunyi,namun saya lebih senang memilih selesa berbanding kemeriahan.tinggal seorang bermakna saya perlu memasak untuk diri sendiri dan mengemas rumah dan bilik serta ruang2 rumah yang lain.hal ini membuatkan saya berasa seperti seorang suri rumah kepada seorang suami yang bekerja jauh dan lama seperti kerjaya seorang pilot(haha,sila gelak)


eh eh abang pak cik pilot!haha

3.perayaan christmas semakin hampir.begitu jugalah halnya dengan kemeriahan kedai-kedai membuat tawaran-tawaran hebat dengan harga yang masih mahal setelah ditukar kepada ringgit malaysia.haha.namun,saya berasa terselamat kerana tidak membeli set pinggan noritake ketika saya pergi ke harris scarfe kelmarin.ini kerana,sebaik sampai di rumah,saya telah membelek katalog pasca christmas di mana harga set pinggan yang sama akan diturunkan sebanyak 25% lagi bermula 26 disember.alhamdulliah saya tidak membeli pada hari itu.

pak cik santa yang pegang-pegang pinggang orang

4.saya rasa toleransi saya terhadap barang-barang yang dipamerkan di kedai adalah semakin berkurang.manakan tidak,saya rasa tidak lengkap jika ke pasar raya namun pulang dengan tangan kosong.jiwa saya rasa akan rasa hampa dan kosong haha.oleh itu,saya TERPAKSA berbelanja bagi menyelamatkan ketenteraman jiwa.huhu


5.oh hampir terlupa.beberapa hari yang lalu,saya telah berpergian ke GOOLWA,salah sebuah destinasi pelancongan di selatan asutralia ini.tempat ini terkenal dengan kecantikan pantainya,juga deruan ombak yang mengasyikkan serta aktiviti menangkap kepah di tepian pantai.terdapat ramai 'mat salleh' yang berjemur di bawah terik matahari yang amat membakar sehingga cair vaseline saya yang baru saya beli.ya,ini kisah benar,bukan sekadar hiperbola.tumpah separuh vaseline tersebut.keadaan ini menggambarkan betapa panasnya suhu pada hari tersebut.benar-benar panas membakar muka dan badan.saya syak 43 darjah celcius.di sini juga,buat PERTAMA kalinya saya MANDI di laut australia.perasaanya sungguh tak dapat digambarkan.seronok terharu dan sungguh ceria.walaupun cuaca panas,namun sebaik sahaja anda berada di dalam air laut itu,suhunya adalah lebih sejuk.sungguh,jika tiada rezeki saya di sini tahun depan,saya tdak akan berasa ralat kerana saya sudah ada pengalaman mandi di laut australia.bolehla ceritakan kepada anak cucu nanti.hehe


6.sepanjang cuti sekolah ini,sungguh banyak jemputan kahwin yang diterima.namum,memandangkan saya hanya bermastautin di adelaide,maka tidaklah saya dapat penuhi jemputan-jemputan tersebut.kepada pengantin-pengantin dan bakal-bakal pengantin,semoga Allah memberkati perkahwinan anda selamanya.betolak ansur dan terima pasangan anda seadanya.insyaallah,semoga berbahagia.eh,kenapa rasa nak kahwin juga ni?haha

7.ini berita yang baru saya terima sebentar tadi.alhamdulillah,kak iman saya iaitu kakak saya yang kedua telah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada 23 disember,jam 5.15 petang seberat 3.0 kg secara normal.bayi tersebut merupakan anak keduanya selepas beliau melahirkan anak sulungnya,nuha naqiyyah juga seorang perempuan pada 12.12.2007.cantik bukan tarikhnya?moga allah merahmati kamu semua.maaf mak cik tidak pulang dan berada di sisi kamu.sob3

8.baiklah saya kini rasa kagum dengan tata tertib bahasa melayu saya.hahaha.panjang pula entry ini.layankan sahajalah saya yang tengah sunyi ini.hehe

Friday, December 18, 2009

cinta untuk kamu

 -entry ni panjang-

salam

harini,17 december,tinggal la aku ahli tetap umah ni sorang(wpun ada cik siti and alia).ahlami mungkin tgah tgu her next flight to KB kat KLIA.fatihah pulak kat gold coast waiting for her tomorrow's flight back to kl and to KT.while ummu kat melbourne with her parent jalan2 masa cuti summer ni sblum balik ke msia 19dec nnt.ibtisam rindu korang...sob3

menitis juga aku masa antaq ahlami td.mcm tu juga masa fatihah nak ke airport td.ummu xdan jumpa sbb ummu kluar awal drive ke melbourne.skang ni pun msih basah g air mata(cepat2 lap keyboard nnt masin).entry ni sbnrnya nak didedikasikan kepada ketiga-tiga housemates aku yg amat disayangi.i am not good with words but i'll try my best to convey my gratitude and love towards u guys.how i am so happy n thankful to Allah to have such a lovely housemates mcm korang.serius,bersyukur sgt =(...nangis lagi..sob3

AHLAMI WAN MUHAMMAD


 haha giloss


I've known her since Sunway,in fact kami smua adalah drp sunway.tp ahlami adalah yg paling lama rapat and sekepala juga,geng bola,geng makan,geng shopping,geng bising,geng smua la.masa mula2 dapat tau yg kami akan ke uni of adelaide,mmg dah buat pact siap2 dah nak duduk serumah.n alhamdulillah tercpai n kekal smpai hbis blajaq.she's a really nice girl,talkative,happy go lucky and paling best,xpenah g aku nmpak dia naik angin.kalau merajuk pun,sat ja,pastu dh ok.waktu2 aku nak buat keja gila,dia sntiasa bersama.maka gila2 la kami bersama.hihi.paling best dia good at baking.she baked me cupcakes with candle,first time ever in my life i celebrate my birthday with cupcakes and candles.thank you dear.ko mmg paling d best la.aku syg ko.terima kasih kerana x pernah berhenti berharap dgn aku.terima kasih jga sbb always be there for me during my ups and downs.i am sure gonna miss ur singing.rndu nak usik2 masa ko nangis skit gigi bila terlanggar meja.lpas ni.lepas ni jgn clumsy sgt k nnt dah xde org nak gelakkan ke-clumsy-an ko tu..sob3

FATIHAH MAHMUD


sorry peteh..haha


sama juga,knai dr sunway tp start rapat sgt kat adelaide.dia ni very lovely,soft,bersopan santun(she claims this herself..haha),a very2 good listener and xpernah kata TAK.apa saja org mntak tlong,mesti dia buat wpun bnda tu akan menyusahkan dia akhirnya.sensitif jga,tp dia jarang nak tnjuk perasaan dia,cuma sumtimes i am just gifted to read her mind.haha..peteh,nnt aku mesti rindu nak buli hang,usik2 hang dr belakang peti ais bila hang bru kluaq bilik air.rndu juga hang usik2 aku sebut 'wudhu'' tu.jgn rindu2 aku sgt eh nnt.tp aku sure akan rndu hang and all ur convincing words when i am all down and rasa xlarat 'nak bangkit' semula,terima kasih untuk tu semua.sungguh,aku sayang hang sangat.

UMMU HANANI AB RAHMAN


gmbaq ummu ja snonoh sket..hehe

ummu paling kebal antara kami.haha.dia mcm x teraffected sgt dgn kemerengan dan kegilaan kami bila wktu2 yg stress.but lately ni ummu dah mcm kurg 'shield' tu.haha.paling teringat reaksi ummu masa kami ajak dia g makan mekong thai.haha comel ummu.ummu ja yg buat kos lain which is dentistry and kami ber3 buat biomedical sc here in  uni of adelaide.being a dentistry student,ummu la yg kuar umah paling awal and balik pling lambat.kdg2 xjumpa ummu lgsung that day sbb kuar awl sgt n balik lwat sgt.ummu kdg2 can be very blurr and slalu gopoh gapah.haha.trait pling best ialah 'selalu xbawa kunci umah'.haha.clumsy jga sket tp kalau skali dia kmas dapur mmg cuci la...my dearest ummu,i'm sure gonna miss all those and ib mesti rndu juga ketukan ummu kat tingkap bila ummu lupa bawa knci.hehe.jgn lupa bawa kunci eh nnt

huhu..dah.xleh nak tulis dah.sebak.mungkin rmai yg tertya what with this emo entry?kan taun depan jmpa depa lagi?hmm..itulah maslahnya.yg tu la yg xpasti lg skang,honours year aku.kalau ada rezeki,tahun depan jmpa lagi,kalau xdak rezeki,mungkin arini ari last aku jmpa depa before aku balik msia.BACK FOR GOOD.aku pn tatau mcm mana lagi.huhu.sebb tu aku EMO.huhu

there goes my last tissue sheet.huhu sob3.apa2 pun,always remember that i love u amie,peteh n ummu.ALWAYS!


from back:fatihah,ummu,ibtisam,ahlami

Saturday, December 12, 2009

salam takziah



TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.

sedih.sebak.pilu


itula yang aku rasa masa mula2 baca psai berita ni..aku rsa bukan aku sorg,tp semua yang baca pun pasti berkongsi rasa yg sama.Ya Allah,ksian sgt kat kak Teh Afifah Shahirah ni..tu perasaan aku yang baca,perasaan kakak ni yang lalui lagi la maha hebat.Allah....xdapat nak bayangkan.sakit menanggung rindu.perit,sakit,pedih.huhu


Personally,aku xknai pun kakak ni and arwah suami dia.kalau ikut news,dia student OZ,tp aku rsa depa tersalah tu,sbb dia kat Auckland NZ.apa2 pun mmg bsaq sungguh ujian Allah bagi kat dia.bru 3 jam kawin,diulangi 3 JAM,inai pn dok merah menyala lagi kat jari tu tup tup,suami yg baru sah dikahwini eksiden.eksiden pulak yang p meninggalkan dia.untuk selamanya.ya allah,tak tau nak describe mcm mana perasaan.teriak juga la aku masa baca news psai ni semalam...sedih sangat.huhu

aku berdoa smoga kak teh ni tabah dan redha atas ujian yang Allah bg kat dia ni.lagi bsaq iman org tu,lagi bsaq ujian Allah bg.salam takziah.innalillahi wainna ilaihi rajiuun.semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.al-fatihah

p/s:in other note,kepada kamu tu,tolongla bawa keta elok2,berhati-hati.xyah la dok speed sgt.pesan kat diri sndri jga

Wednesday, December 9, 2009

hidup ni kan indah

salam

ni kira entry balas dendam sbb tnet dah laju..haha.lama kami bertahan almost 2 weeks kot sbb tnet jd slow sbb quota dah hbis.hello like 50gb in 2 weeks?hahah over btoi

gambaq byk tp dok dalam kemra xtransfer lgi.so mcm nak membebel ja la kat sni.i had some nice talk td about life.about my future life.and it seems so blissful.haha berangan p la kan.and now if anyone ask me 'how do i see myself in 5 years more'..i think i have got the answer.*praying hard*


looking forward?insyaallah.hahaha gatai

sometimes,i cant agree more with saying about "Allah hilangkan matahri sbntar dan bg kita hujan untuk nak tnjukkan kita keindahan pelangi after rain.cantik,tp nak dapat kecantikan tu kena la ada hujan dlu and matahari pn kena la hilang sat.baru lah reflection tu can occur hence producing a beautiful rainbow".(org tua2 pesan jgn tnjuk kat pelangi nnt kudung jari.ahaha apakah kan).

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya
al-Baqarah:216

macam tulah hidup kita.keinginan kita mcm matahri.kita xdapat la tgok matahri tiap2 masa sbb kalau dak kita xleh la rsa keindahan pelangi dan kedinginan hujan.matahri tu mcm apa yang kita nak,and pelangi tu apa yg kita perlu.allah xbagi apa yg kita HENDAK tp allah bagi apa yg kita PERLU.kadang2 kita rasa satu benda tu baik untuk kita,tapi Allah as the creator tahu lebih psai kita.sbb tu dia xbagi apa yg kita rsa baik,tp dia bagi apa yang MEMANG terbaik untuk kita.


take a break..amik gmbaq dlu..hehe

oleh itu kawan2 dan diri sndri,usah keluh kesah kalu kita xdapat apa yang kita nak.sebab bgi allah,apa yg kita nk tu bukanlah yang TERBAIK untuk kita.so allah bg kita jalan lain yang insyaallah,akan mndatangkan lagi byk hikmah dan kebaikan di masa hadapan,yang mungkin kita xnmpk n sedar skang.it may take days,weeks,years,or maybe infinity sbb xkan nmpak kat dunia.tapi janji Allah kan pasti.so kita tunggu2 sama dekat akhirat la.kan lgi sweet mcm tu.surprise dr allah,after all who doesn't love surprise kan.hehe

ok la.mcm dah pnjang mbebel2 ni..insyaallah.jmpa lgi nnt.eh lupa.paling penting,nak pesan pd diri sndri dan smua.JANGAN PERNAH BURUK SANGKA DEKAT ALLAH AND JANGAN PERNAH PUTUS ASA DR RAHMATNYA.insyaallah,allah dengar smua doa.it is a matter of cepat atau lewat ja.

p/s:insyaallah will be graduating in this comng april.alhamdulillah lpas pnat2 n sedih2,bleh jga grad.hahah.and minta maaf la cmpuq hbis bahasa.huhu


feeling nur kasih sket,hehe
i've always love australia...yes i am.yet i love malaysia more!haha

Wednesday, December 2, 2009

comel

ada orang bising cakap post dlm blog xgerak.dok lekat kat post 'period2' tu.ahaha comel la kamu

ok ni ha dah update.aku masih kat sni.kat adelaide.mencari kekuatan.mencari arah tujuan.mencari wang.eceh.hehe.alhamdulillah sihat dan masih bertahan.terima kasih pada yang memberi sokongan.sayang kamu semua!

ada satu phrase ni yg aku suka."bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang".jangan putus asa.berusaha dan terus berdoa!mudahkanlah ya Allah.amin amin amin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...