Udara sekarang adalah nyaman kerana hujan baru sahaja turun mencurah-mencurah bagaikan mutiara membasahi bumi ini ahai seronok kalau boleh tiduur hehe. Tapikan, alahai,aku baru saja basuh baju dan belum dijemur lagi,macam mana tah?Hmm,jemur esok sajalah untung2 esok panas. Kalau x panas juga,terpaksa mengaplikasikan pengunaan mesin basuh dengan fungsi microwave melalui cara membiarkan pakaian di dalamnya dan ia secara tak langsung akan menghangatkan pakaian seterusnya mengeringkannya. Haha tenang tenang. Itu gurauan sahaja untuk menceriakan hati kita walaupun aku tahu ramai juga yang dah buat macam tu kan tak payah tipu hihi.
Lama tak menulis.Aku macam ni lah,masih setia melewati hari-hari sepi di sini hahah.Perihal kerja? Masih mencari dan menunggu. Tapi aku rasa aku lebih banyak menunggu daripada mencari kerana aku ini jenis yang mudah berharap dan kuat berangan. Masih tidak pasti dengan kehendak hati sendiri,loghat-loghat.Kalau ada sesiapa nak tawarkan kerja kosong,dialau-alukan. Tapi kena lihat juga kerja apa haha mengada-ada.
Keluarga?Alhamdulillah semua sihat-sihat sahaja.Terkejut bila 3 hari yang lalu dapat panggilan telefon daripada mama memberitahu bahawa beliau dan baba kini sedang berada di airport Penang untuk bertolak ke Sarawak bercuti. Pergh,p honeymoon kot tu hahah. Mama,tak perlu la susah-susah beli ikan terubuk ke,ikan masin ke tapi kalau dapat kek lapis pun cukuplah ok!Hehe.Mak,ayah dan ibu serta bapa saudara(sebelah Encik Suami) akan bertolak ke Mekah minggu hadapan maka kami selaku abang dan 'kakak' sulung akan pulang ke kampung(yayyy!) melihat adik-adik sebelum kakak kedua iaitu si adik ipar mengambil alih tugas menjadi ibu dan ayah kepada sepupu sepapat haha. Good luck Adibah!=)
Ya Allah lagi satu,undangan perkahwinan bersepah-sepah ya Allah. Dan, aku sebagai diri aku sangat teruja kerana inilah kali pertama aku akan menghadiri majlis perkahwinan sahabat sendiri selepas banyak kali terlepas dek kedudukan latitud dan longitud yang berbeza. Teringat masa kami dahulu hik3,mesti semua orang pun tengah sibuk membuat persiapan. Semoga Allah mudahkan segalanya ya!
Dan untuk Ira,terima kasih kerana masih sudi membaca picisan hati kak Tsam yang x seberapa ini hahah dan sudi menanti update-update terkini kes3. Malu aiii=p
p/s:tajuk macam gah haha.mcm besa xbest kalau xletak gambaq hehe
our sweet escape...with my mr sunshine=)
4 comments:
I like the tajuk ! haha
Tisam.. hang mau ka jadi RA kat UM ni? *wink2*
da kembali da.weeee.;p
ahlami:aku pun mcm rasa nak bangga jap dpt tulis mcm tu haha
basyi:ada ksong ke?haritu bru apply tp ayah mertua yg applykan haha
awanbiru:ira eh?kk ib lost ur blog add msa ubah template.boleh bg balik?hehe tq!
Post a Comment