Tuesday, July 19, 2011

ptd oh ptd

Assalamualaikum,

Kemarin kemarin iaitu pada 16 july 2011 merupakan hari aku pergi berperiksa.Ya,setelah lebih setahun setengah tidak menajamkan otak menjawab2 soalan peperiksaan,maka pada tarikh itu aku telah memecahkan tradisi hidup tidak berapa berkhasiat aku ini hehe. Periksaan itu dinamakan peperiksaan memasuki perkhidmatan pegawai tadbir diplomatik m41 adoii panjangnya nama.

Ini merupakan ujian bertulis peringkat pertama untuk jawatan pegawai tadbir diplomatik m41, PTD..Ya Allah punyala ramaiiii calon haha.Bayangkan,kat sekolah yang aku exam tu dah 300 orang calon.Tu baru satu centre,seksyen 11 shah alam.Uitm ada,sekolah lain pn ada.So kalau refer dekat penglaman2 calon terdahulu,dalam puluh-puluh ribu jugakla calon yang dipanggil temuduga hahaha maka anda bayangkanla betapa ramainya orang.Dan mengikut pendapat Fatihah melalui maklumat kakak iparnya,jawatan yg ada hanyalah sebanyak 400 kekosongan-_-...Disebabkan diri ini masih pun belum bekerja,maka tiada salahnya kita cuba haha.Oleh itu, kita berusaha dan bertawakkal!

Baiklah,sekarang saya akan menceritakan sedikit sebanyak perjalanan peperiksaan tersebut(yang amat memenatkan)

  • Ada 5 seksyen kesemuanya.Seksyen A,B,C,D dan E. Kesemua seksyen ini adalah dalam Bahagian 1.
Seksyen A

Soalan adalah berdasarkan pengetahuan am dan struktur-struktur pentadbiran negara dan negeri. Perihal tanggungjawab menteri,program-program kerajaan dan juga polisi yang brkaitan. Nk tahu contoh soalan?nah haha

  • Apakah portal rasmi kerajan(online)?
  • siapakah olahragawan malaysia 2010?
  • greater kl adalah plan di bwh bla bla bla...berikut,yang manakah tidak termasuk dalam pelaksanaan plan itu?
  • tugas x ialah menasihati menteri,menyampaikan laporan,bla bla bla..siapakah x?
  • trojan horse ialah sejenis?
  • ...dan banyak lagi soalan yang berjumlah 60 soalan kesemuanya.Masa 30 minit
Seksyen B

Paling menyeksa otak(bagi aku lah).Soalan adalah mathematics based and logik.Soalan kebarangkalian adalah berlambak2 sampai dah nak termuntah kira. Lain2 adalah IQ based tapi x banyak.Jumlah soalan 40.Masa 30 minit

Seksyen C

Part ni mungkin paling senang kot sebab dia bagi 2 esei BM dan 2 esei English(300-500 words). Each esei ada 5 soalan so semua 20 soalan,masa mnjawab pun sama,30 minit. Tapi jangan underestimate jga,twist juga soalan dia sbb esei tu excerpt from different sources.One of the excerp was from readers digest,kona jga la kepala hahah.

Seksyen D 

Yang ni part tulis esei.Seksyen D adalah esei bahasa Melayu,sepnjang 300-500 perkataan. Dia bagi 3 soalan,kita pilih satu. Masa menjawab ialah satu jam

Seksyen E

This part requires you to write an English essay. You're ought to choose one out of 3 topics given and write a 200-300 words essay. Time given is one hour.

So that was how I spent my Saturday weekend. Ya Allah!memang penat sangat2.Balik rumah aku n ariff 2 2 flat. Haha,padahal yang examnya sorang ja..Aku tulis experience ni untuk panduan di masa hadapan dan juga untuk calon2 lain yang akan dipanggil temuduga nanti yang tercari2 maklumat mengenai PTD exam ni.Doakan yang terbaik ya =)


alahi tomei2..hihi credits

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...