Sunday, September 18, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432/2011!

Assalamualaikum.

...NAHHH!!!tudia lama gila x tulis kat sini hihi.Sebulan lebih mestilah berlonggok-longgok cerita terbaru dan terkini kan. Tapi yang pastinya apa-apa pun.mesti nak kena ucapkan salam Selamat Hari Raya Aidilfitri dulu buat semua yang mengenali diri ini dan suami serta keluarga. Harap maaf lah kalau selama ini terbuat salah dan silap sama ada melalui perbuatan atau perkataan.

Macam yang diketahui,raya tahun ini adalah raya pertama kami sbagai suami isteri. Alhamdulillah, so far so good. Tiada drama air mata tv2 untuk nak tentukan nak balik raya rumah mana sebab dekat2 sajer rumehnyewww haha. Tapi,dekat2 pun mestilah pilih satu untuk lokasi pertama berhari raya dan bersolat raya. Namun itu tidak susah,kerana saya sendiri beralah(cet!haha) dan memilih untuk beraidilfitri pertama di rumah mertua. Meriah juga mcm kat rumah sndri sbb gelagat adik2 ipar yang menyeronokkan haha.Tema adalah biru-hijau main hantam sajalah haha. Pada malam raya ada sedikit drama baju raya tidak muat,nasib baiklah ada ayah dan mak yg baik hati haha. Siapa tah kan encik suami kan?hehe

biru -hijau: his side

Selesai sembahnyang raya ada sesi bermaaf2an bersama kluarga.Salam2 peluk cium semua,maka kami pun pergi beraya.Adik2 ipar pulang ke rumah tok suami manakala kami berdua pulang ke rumah saya pula untuk beraya.Tiba di rumah, perasaan menikmati mee bandung home-made di pagi raya amatlah menakjubkan haha. Sedap dan syahdu!Rumah adalah penuhhh dengan tetamu memandangkan rumah saya terletak di hadapan surau menjadikan ia lokasi serbuan jemaah sebaik sahaja tamat solat sunat raya. Hal ini membuatkan encik suami kaget dan terkejut kerana tidak pernah menyaksikan dan menjangkakan perkara itu hhaha comel.


ad-dhuyuuf


warna warni riang ria aidilfitri-at my side

Lepas tu,kami pergi beraya ke rumah2 jiran sebelah.Maklumla pengantin baru,nanti x pergi kena gossip plak haha kan bahaya maka pergilah kami menjelajah.

Eh penatlah taip haha..xpa xpa teruskan demi pembaca tegar haha. Petang itu kami pergi ke rumah tok suami pula untuk berhari raya.Hampir malam,pulang semula ke rumah mertua.Waaahhhh hari raya yang padat dan memenatkan tapi menggembirakan hehe.Seronok2=)

Hari2 seterusnya x payah tulis la kot japg meleteup pulak komputer dek tulisan yg melampau2 banyaknya haha.Masin keyboard nnt eh kena air liur bas* sbb tertdoq baca entry wahahah.

Okla sampai di sini sahaja bai2.nah gambar loveeeee hahaha




sorry self narcissist.dont-hate-us hahaha

p/s:raya kali ini best sbb dapat duit raya lagi.baaanyaaakkk pulak tu!hahhaa

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...