Ok harini nak membebel sedikit pasal open house raya-raya kami yang telah berlalu sebulan yang lepas haha. Majlis kecil-kecilan sahaja,hanya memanggil jiran2,beberapa orang rakan saya,banyak kawan encik suami dan juga beberapa orang rakan adibah;adik ipar saya itu. Oh tidak lupa keluarga abang saya dan kakak ipar saya serta 2 orang puteri kecilnya hana dan nuna.
Majlis kecil-kecilan ini diadakan pada hari Ahad bersamaan 25 September 2011 bersempena raya dan juga kira macam house warming lah juga sebab sejak pindah duduk sini,kami xpernah pun ajak kawan-kawan datang untuk makan-makan. Maka, encik suami telah memerap/memujuk saya untuk buat masak-masak juga atas desakan bebrapa kawannya terutamnya R*den haha.Ok baiklah-baiklah isteri hanya menurut perintah maka proses pemikiran menu pun bermula. Selepas behempas pulas berfikir menolak manambah kos,kekuatan dan kemalasan saya, maka akhirnya menu yang disetujui ialah nasi tomato,ayam masak merah,acar timun dan nenas, puding kustard sedikit2,papadom, rojak buah-buahan dan juga buah tembikai.Air pula ialah sirap selasih.
Disebabkan kami ini hidup hanya bertiga buat masa ini,maka kelengkapan peralatan memasak dan penyediaan itu hanyalah sangat basic lah kan.Adoii kena p pulak cari bekas2 dan utensils yang bersesuaian untuk open house ini. Selepas survey mensurvey,maka siaplah semua barang2 itu kami beli sekadarnya.
Disebabkan kami ini bongkak(hahahahha),maka pada hari Sabtu malam kami semua berlagak untuk tidak buat apa-apa,hatta mengupas kulit buah-buahan rojak pun. Alasan,esok dannnnn punyaa. Kita buat esok sahajalah,kalau buat malam ni takut xsegar ka basi ka.Ok fine fine semua bongkak haha.Hanya puding kustard sahaja dikerjakan pada malam itu.Yang lain,esoooooooookk sahajalah!
Dan pada keesokan harinya,bermula the adventure. Ayam masih di kedai,bawang pn masih di kedai hahaha.Start memasak pukul 9+ atau 10 pagi macam tu,sampaiiiiilah pukul 3 petang.Subhanallah penat ya rabbi!Hahahaha.Tulah bongkak lagi kan dah extra penat n kalut adoii.Masak ayam masak merah sekawah la juga,6 ekor kot smua,nasi tomato 4 kali masak periuk karan tu lah,kemas rumah,kemas dapur,kupas buah..adoiii!bru tau penat jga rush2 mcm ni.Nasib baik on time hehe.Nasib baik adik ipar saya sangat rajin dan xhenti2 buat kerja,encik suami pulak xhenti2 atas kereta pergi beli barang haha.
suami yang sakit2 lpas eksiden..masih tegar nak buat open house hihi
family abang!
rakan2 SKL dlu:sue,pnut n asyraf.thanks for coming guys!
kak kaifa tgah confuse ke tu haha
Beransur magrib,masing2 pun dah nak balik.Maka berkemas2 pulak kami rumah2 tu.Eh saya xkemas sgt sbb saya lupa yg saya belum makan hehe. Maka saya makan dan suami serta adik mengemas. Malam tu pulak kami membawa bekal kepada maklang yang kebetulan datang ke KL untuk tanda kertas UPSR.Sempat round2 SOGO hahaha.
Overall alhamdulillah,semuanya berjalan lancar.Walaupun semua menu masak sendiri,tapi tak dak la yang sakit perut haha.Paling best,this is like a bonding sessions btween us and neighbours,and also frens.Boleh kenal lg rapat dgn jiran2,kalau x mmg xtau la sapa jiran kami tskk tskk.
Oh itu sahajalah update open house.Nah sajian makanan..eh gambar.Tak banyak sgt pun sebab segan haha
jemput makan=)
anak abah:mira,adi,alan
kak fira n buna comei
hana cantik hehe
hana n cik busuk
rakan2 dibah
amir sunway..susah payah jauh2 dtg.thankss!
kawan2 uitm hubby
america's next top model bwahaha
hujung2 baru ingat nak amik gmbaq..serdak2 sajalah haha
"hai mai pakat beli umah tang ni nanti",kata si baju putih gumuk2
0 comments:
Post a Comment